sitinadirah, Author at Akademi Bakat ABS

Adawiyah
Assalamualaikum pembaca yang dihormati.

Hari ini jumaat, 8 November 2019 merupakan hari yang penuh
nyaman. Udara yang segar, hujan renyai membasahi bumi seawal sebelum subuh
lagi. Suasana yang menyenangkan ini membuatkan saya ingin menulis berkaitan
seorang pelajar Akademi Bakat ABS.

Sebelum itu, di Akademi Bakat ABS, guru-guru fokus kepada
memberi ruang dan melatih untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran
untuk mereka boleh ‘survive’ di dunia realiti selepas keluar daripada sekolah. Contohnya,
mereka perlu didedahkan dengan suasana berkawan-kawan dengan semua orang supaya
nanti mereka boleh bercakap atau memulakan perbincangan dengan sesiapa sahaja
atas tujuan apa pun dengan penuh yakin dan berani. Tanpa prajudis! Ini penting
untuk memastikan mereka dinilai sebagai anak muda yang ‘marketable’.

Dalam proses itu, mereka perlu melalui pengajian teori dan praktikal yang menembusi industri yang ada di Malaysia ini sebagai usahawan muda yang berbakat besar. Semua potensi yang ada pada diri pelajar akan didokumentasikan, dinilai perkembangannya dan dibentuk hala tuju mereka sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun mendatang bersama mentor (guru) dan ibubapa secara berkala. Inilah sekolah usahawan yang bukan hanya membina keupayaan akademik namun lebih mementingkan pembangunan nilai diri seawal 7 tahun sehingga membentuk jati diri yang dicontohi di usia yang muda.

Pelajar Akademi Bakat ABS Cik Puan Muda Adawiyah

Kisah yang ingin saya kongsikan ini berkaitan seorang
pelajar perempuan yang sangat berbakat dan berpotensi besar untuk berjaya.

Beliau merupakan seorang remaja yang cergas dan penuh
bertenaga. Cik puan muda Adawiyah, 13 tahun yang ceria dan penuh cerita.

Di dalam video yang disertakan ini membuktikan beliau telah mendapat satu jalan cerita kehidupan yang penuh berwarna-warni dalam usia yang sangat muda.

Kesungguhan dan bekerja keras menyebabkan beliau dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah terus ke dunia realiti remaja
beliau. Adakah anak muda ini tidak berhadapan dengan krisis identiti, gilakan
muzik dan fesyen atau ada konflik bersama rakan dan cinta seperti remaja lain?  Beliau juga melaluinya tetapi minima dan
penuh dengan solusi. Saya pernah mendakap beliau pada suatu pagi seawal tiba di
sekolah. Dengan penuh rasa sedih beliau menangis teresak meluahkan sesuatu.

‘Cikgu.. saya sedih. ‘ luah beliau sambil menangis
semahu-mahunya.

‘Adawiyah.. cik puan muda anak yang baik. Jadilah yang
terbaik semampu awak untuk bahagiakan orang disekeliling kita, terutama
keluarga. Bonda dan ayah awak terutamanya. Ini sekali kamu tercalar, mungkin
mereka dah berkali-kali begitu. Mereka sabar melayan karenah awak.’ Pujuk saya.

Si jiwa kental ini, hanya perlukan beberapa ketika sahaja
untuk lega. Bingkas bangun dan teruskan perjuangan menimba ilmu.

Dengan pengalaman yang luas dalam memulakan perniagaan
sendiri secara kecil-kecilan seawal 9 tahun lagi, beliau sudah mula menjual
mini book di sekolah kepada rakan-rakan.

Selepas itu, ketika 10 tahun beliau mula menjual aiskrim di
kawasan rumah dan gelang sebagai usaha untuk menjana pendapatan.

Sewaktu berusia 11 hingga 12 tahun, beliau menjual slime dan
buku tulis. Yang membanggakan saya, setelah beliau berada dalam pembelajaran
bisnes secara berperingkat di Akademi Bakat ini, kini beliau sebagai konsisten
memangjat peluang sebagai usahawan muda dengan menjual jeruk mangga.

Beliau bijak merebut peluang dan bersaing dengan rakan sekelas untuk menjayakan misi menjana pendapatan dengan target jualan RM1000 sebulan.

Perancangan 2019 berbaki dalam kurang dua bulan ini, projek
akhir tahun akan berlangsung tidak lama lagi. Beliau bersama tim merancang
untuk jayakan Program Hydrogel dan Girl’s Camp pada disember nanti.
Berlandaskan pembelajaran secara ‘project based learning’ ini, beliau dan
rakan-rakan dilatih menjalankan pelbagai projek selama setahun. Ini adalah
medan latihan untuk membina 6 nilai preneurship yang perlu ada kepada setiap
usahawan. Kepintaran sosial, integriti, altruism, kreatif dan inovatif,
diplomasi serta memperjuangkan kebenaran.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Cik puan muda Adawiyah Ramlan di atas kesungguhan dan kejayaan-kejayaan kecil yang dibina.

Semoga Berjaya!

The post Adawiyah appeared first on Akademi Bakat ABS.