akademi bakat abs
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Assalamualaikum pembaca yang dihormati.

Hari ini jumaat, 8 November 2019 merupakan hari yang penuh nyaman. Udara yang segar, hujan renyai membasahi bumi seawal sebelum subuh lagi. Suasana yang menyenangkan ini membuatkan saya ingin menulis berkaitan seorang pelajar Akademi Bakat ABS.

Sebelum itu, di Akademi Bakat ABS, guru-guru fokus kepada memberi ruang dan melatih untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran untuk mereka boleh ‘survive’ di dunia realiti selepas keluar daripada sekolah. Contohnya, mereka perlu didedahkan dengan suasana berkawan-kawan dengan semua orang supaya nanti mereka boleh bercakap atau memulakan perbincangan dengan sesiapa sahaja atas tujuan apa pun dengan penuh yakin dan berani. Tanpa prajudis! Ini penting untuk memastikan mereka dinilai sebagai anak muda yang ‘marketable’.

Dalam proses itu, mereka perlu melalui pengajian teori dan praktikal yang menembusi industri yang ada di Malaysia ini sebagai usahawan muda yang berbakat besar. Semua potensi yang ada pada diri pelajar akan didokumentasikan, dinilai perkembangannya dan dibentuk hala tuju mereka sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun mendatang bersama mentor (guru) dan ibubapa secara berkala. Inilah sekolah usahawan yang bukan hanya membina keupayaan akademik namun lebih mementingkan pembangunan nilai diri seawal 7 tahun sehingga membentuk jati diri yang dicontohi di usia yang muda.

Akademi Bakat ABS - Adawiyah
Pelajar Akademi Bakat ABS Cik Puan Muda Adawiyah

Kisah yang ingin saya kongsikan ini berkaitan seorang pelajar perempuan yang sangat berbakat dan berpotensi besar untuk berjaya.

Beliau merupakan seorang remaja yang cergas dan penuh bertenaga. Cik puan muda Adawiyah, 13 tahun yang ceria dan penuh cerita.

Di dalam video yang disertakan ini membuktikan beliau telah mendapat satu jalan cerita kehidupan yang penuh berwarna-warni dalam usia yang sangat muda.

Akademi Bakat ABS - Adawiyah

Kesungguhan dan bekerja keras menyebabkan beliau dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah terus ke dunia realiti remaja beliau. Adakah anak muda ini tidak berhadapan dengan krisis identiti, gilakan muzik dan fesyen atau ada konflik bersama rakan dan cinta seperti remaja lain?  Beliau juga melaluinya tetapi minima dan penuh dengan solusi. Saya pernah mendakap beliau pada suatu pagi seawal tiba di sekolah. Dengan penuh rasa sedih beliau menangis teresak meluahkan sesuatu.

‘Cikgu.. saya sedih. ‘ luah beliau sambil menangis semahu-mahunya.

‘Adawiyah.. cik puan muda anak yang baik. Jadilah yang terbaik semampu awak untuk bahagiakan orang disekeliling kita, terutama keluarga. Bonda dan ayah awak terutamanya. Ini sekali kamu tercalar, mungkin mereka dah berkali-kali begitu. Mereka sabar melayan karenah awak.’ Pujuk saya.

Si jiwa kental ini, hanya perlukan beberapa ketika sahaja untuk lega. Bingkas bangun dan teruskan perjuangan menimba ilmu.

Dengan pengalaman yang luas dalam memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan seawal 9 tahun lagi, beliau sudah mula menjual mini book di sekolah kepada rakan-rakan.

Selepas itu, ketika 10 tahun beliau mula menjual aiskrim di kawasan rumah dan gelang sebagai usaha untuk menjana pendapatan.

Sewaktu berusia 11 hingga 12 tahun, beliau menjual slime dan buku tulis. Yang membanggakan saya, setelah beliau berada dalam pembelajaran bisnes secara berperingkat di Akademi Bakat ini, kini beliau sebagai konsisten memangjat peluang sebagai usahawan muda dengan menjual jeruk mangga.

Beliau bijak merebut peluang dan bersaing dengan rakan sekelas untuk menjayakan misi menjana pendapatan dengan target jualan RM1000 sebulan.

Akademi Bakat ABS - Adawiyah

Perancangan 2019 berbaki dalam kurang dua bulan ini, projek akhir tahun akan berlangsung tidak lama lagi. Beliau bersama tim merancang untuk jayakan Program Hydrogel dan Girl’s Camp pada disember nanti. Berlandaskan pembelajaran secara ‘project based learning’ ini, beliau dan rakan-rakan dilatih menjalankan pelbagai projek selama setahun. Ini adalah medan latihan untuk membina 6 nilai preneurship yang perlu ada kepada setiap usahawan. Kepintaran sosial, integriti, altruism, kreatif dan inovatif, diplomasi serta memperjuangkan kebenaran.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Cik puan muda Adawiyah Ramlan di atas kesungguhan dan kejayaan-kejayaan kecil yang dibina.

Semoga Berjaya!

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *