5 Tip Memilih Program Cuti Sekolah

akademi bakat abs

Cuti sekolah panjang bakal menjelma. Banyak pihak menawarkan pelbagai jenis program cuti sekolah. Ada yang bermalam dan ada yang tempohnya panjang. Ada aktiviti yang bersifat ‘soft skills’, ada yang bersifat akademik, ada yang menitik beratkan hafazan dan pelbagai lagi. Ada yang mahal & premium, ada juga yang ditaja oleh agensi atau NGO.

Di sini kami kongsikan 5 panduan berguna sebelum ibu ayah memilih program yang sesuai untuk anak-anak.

#1. Patuh Syariah & Tidak Hype

Banyak program cuti sekolah mutakhir ini memancing ibubapa dengan meletakkan gambar artis dan selebriti. Sedangkan penampilan mereka tidak sampai 5% daripada keseluruhan program. Jangan mudah terpesona. Keberkesanan program tidak terletak kepada sosok-sosok ini.

Patuh syariah juga tidaklah bermaksud perlu memilih program yang dianjurkan oleh orang Islam sahaja. Paling penting untuk ibubapa menyemak fasiliti untuk bersolat, makanan & minuman yang halal & bersih dan tidak ada modul yang bercanggah dengan agama.

#2. Memenuhi Keperluan Anak

Perlu diingatkan yang anda memilih program untuk anak anda. Jadi perlu disesuaikan dengan keperluan semasa anak, bukannya impian anda atau terikut-ikut dengan rakan di tempat kerja.

Ada anak yang tidak sesuai dihantar ke program yang bersifat mass atau pengambilan peserta yang ramai. Ada anak yang perlukan perhatian yang lebih khusus, maka cari program yang bersifat niche dengan bilangan peserta yang lebih eksklusif.

#3. Mengajarkan & Menggalakkan Kemahiran Berfikir

Pilih program yang menyediakan aktiviti & pembelajaran yang tidal diajarkan di sekolah. Sebagai contoh kemahiran berfikir. Di sekolah mereka perlu berfikir untuk mendapatkan jawapan-jawapan yang betul mengikut skema jawapan dan sebagaimana terkandung dalam buku teks. Sedangkan dalam realiti kehidupan, kemahiran berfikir perlu dipupuk dan menjadi lebih berkesan bagi tujuan penghasilan idea-idea baru.

Tidak ada jawapan yang salah ataupun jawapan yang betul bagi soalan-solan yang menggalakkan mereka berfikir. Berfikir ialah suatu daya usaha dan kemahiran. Mereka pelu dilatih berfikir dengan berkesan.

#4. Aktiviti Kemasyarakatan

Cuti sekolah adalah masa terbaik melatih anak dengan aktiviti-aktiviti yang menyumbangkan manfaat kepada orang, tumbuh-tumbuhan, binatang serta persekitaran di sekelilingnya. Aktiviti kemasyarakatan akan melatih empati, ‘common sense’ dan nilai altruistik. Ini adalah elemen yang penting di dalam kemenjadian seorang manusia.

#5. Program yang bersifat holistik

Holistik bermaksud integrasi & menyeluruh. Pilih program yang bersifat project-based-learning atau problem-based-learning. Biasanya program-program begini mengintegrasi pelbagai disiplin ilmu. Tidak seperti di sekolah, pada setiap masa akan ada subjek-subjek tertentu. Setiap subjek diajar secara berasingan & terpisah. Pilih program yang holistik dan memberi beberapa solusi dalam kehidupan seharian anak.

Selain daripada faktor kewangan, inilah 5 panduan untuk ibubapa membuat keputusan tepat bagi memilih program manakah yang relevan untuk anak anda.

Contoh salah satu program cuti sekolah yang anda boleh pertimbangkan iaitu Kem Hero Alam: Pengenalan kepada permakultur yang boleh disertai oleh kanak-kanak seawall usia 7 tahun sehingga remaja 16 tahun.

Albert Einstein pesan;

“Look deep into nature and then you will understand everything better”

Memerhatikan alam adalah tingkahlaku golongan orang berakal (Ulul Albab). Memerhati dan meneroka adalah fitrah kanak-kanak. Alam adalah medan mengasah akal dan kecerdasan mereka. Alam adalah sekolah kepada mereka.

“Teaching children about the natural world should be treated as one of the most important events in their lives.”

Thomas Berry

Kem Hero Alam: Pengenalan kepada permakultur adalah peluang terbaik untuk anak-anak berinteraksi, belajar dan bermain dengan alam berdasarkan tiga Etika Permakultur: Penjagaan Bumi, Penjagaan Manusia dan Perkongsian Saksama.

Tempoh dua minggu ini sarat dengan program yang bersifat holistik menyelesaikan permasalahan sebenar dalam dunia hari ini. Akan ada sesi tadabbur, sains, aktiviti gaya hidup lestari, seni alam, latihan bercucuk tanam, bertukang, memasak dan banyak lagi yang menyeronokkan.

Objektif program ini ialah:

  1. Mengetahui cara menjadi manusia yang baik (terhadap ALLAH, diri sendiri, manusia sekeliling & alam sekitar)
  2. Meneroka dan berinteraksi dengan alam semulajadi dan memperkenalkan permakultur dan konsep-konsep berkaitan.
  3. Mempelajari pengetahuan sustainability lifestyle & environmental wisdom yang tidak dipelajari di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kem mengikut kesesuaian umur mereka.
  4. Melakukan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan mereka berfikir.
  5. Menjadikan Al Quran & Al Hadis sebagai panduan kehidupan.

Maklumat lanjut mengenai program ini ialah

Bijak memilih & selamat bercuti.

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn