1)Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat serta sesuai dengan budaya melayu.
2)Memberi salam, bersalaman dan bertanya khabar kepada tuan rumah sekeluarga.
3)Duduk dengan sopan setelah dijemput untuk duduk.
4)Makan dengan beradab setelah dijemput untuk makan.
5)Tidak menyentuh barang/peralatan tuan rumah sekeluarga.
6)Ambil makanan/minuman yang pasti dapat dihabiskan supaya tidak membazir.
7)Jika ada sisa makanan/sampah, buanglah di tempat yang disediakan.
8)Jika diberikan duit raya, terus simpan tanpa buka dan lihat ke dalam sampulnya.
9)Bersalaman dengan tuan rumah sekeluarga serta tetamu lain sebelum pulang.
10)Ucapkanlah terima kasih di atas jemputan serta ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Doa oleh Tetamu kepada Tuan Rumah selepas dijamu makan minum: “Ya Allah, berikanlah keberkatan apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunilah mereka dan belas kasihanilah mereka”.
Dan, “Ya Allah, berilah makanan kepada orang yang memberiku makan, dan berilah minum kepada orang yang memberiku minum” – Hadith Riwayat Muslim.
Selamat mencuba dan amalkan ya!😊😍
#MeraikanBakat
#MembawakanKebaikan
#NaturePreneurSchool
#BBMTEtosBangsa